Wednesday, April 5, 2017

9 Tips Buat Duit Dengan Lynk.My



Korang pernah dengar Lynk.My


1. Social Media Sharing

Kalau korang ada jumpa artikel menarik ke, video best ke or apa-apa interesting untuk dikongsi, boleh guna Lynk.My.


Saya selalu share artikel viral, artikel dari website-website yang memang reader ramai seperti Buzz Feed, BoredPanda and ViralNova. 

Korang boleh share dekat Twitter, Facebook, Google+ , Tumblr, Pinterest, Instagram dan macam-macam social media yang korang ada. 

Cara share pula, guna la ayat yang best sikit. Ingat jangan spam. Hehehe Oh jangan create lynk.my dengan link blog. Contohnya kalau korang promote blog, seeloknya jangan guna Lynk.My . Takut nanti ada yang tak suka, and tutup. Hilang 1 click ke blog sendiri. Hehe


2. Ada Website/Blog?

Kalau ada website/blog lagi better. Kebanyakan earning saya memang datang dari blog. Kalau korang tengok style saya tulis blog. I shared about everything. Sebab konsep saya dekat blog iday ni, share berkenaan bagamana nak buat bisness online. 

So, kadang-kadang iday akan letak link dari website lain, ataupon link kredit gambar or artikel. Iday akan create lynk.my guna link-link ini. Konon-konon, dapat komisyen sebab kita share link diorang. Hehehe

Iday ada juga mention bawah links tersebut dengan "link ni akan tunjuk iklan 5 seconds". Supaya reader alert and it's up to them untuk klik or tak. 


3. Check entry lama yang view tinggi (khas buat mereka ada blog/website)

Sepanjang iday menulis blog, memang ada entry lama yang masih memberi trafik tinggi terutamanya artikel resepi, tips, food review dan travel. So, tengok balik artikel lama tu, and tengok, ada tak part yang kita boleh letak lynk.my. 

Contohnya, iday ada share tentang tips pertama kali ke pulau perhentian. Kalau Google carian untuk keyword "Tips Pulau Perhentian", iday akan jadi no 1. 

So iday update entry tersebut and masukkan artikle tips lain yang iday jumpa di Google. Iday create lynk.my menggunakan link-link tersebut. Hehehe :)


4. Forum

Korang kena aktif di Forum, join the conversation. Biasanya kalau forum ada share tentang sale, korang pon boleh join sekali sambil-sambil share link. Tapi kena act natural and jangan spam. Kang tak pasal kena block . Hehehe


5. Youtube

Untuk mereka yang ada channel Youtube, boleh juga guna Lynk.My. Contohnya bila korang buat video teaser, nanti letak dalam description - full video here : lynk.my korang. Hehe


6. Comment on Website/Facebook Page


Yang ni iday tak galakkan sangat, tapi korang boleh try. Komen pada article yang related dengan link yang korang nak share. Kalau rajin, boleh singgah komen dekat beautifulnara ke, rotikaya ke. Hehehe


7. Guna ayat yang yang boleh tarik perhatian orang untuk klik link.my

Kena pandai guna ayat untuk buat orang klik. Tapi jangan share article yang tak related dengan ayat yang korang tulis tu. Jangan buat orang tak suka. Hehe

Contohnya, korang ada baca issue Justin Bieber tumbuk peminat di Barcelona baru-baru ni. So, korang search and jumpa video.


Eh, korang dah tengok video Justin Bieber tumbuk peminat? Tapi bila tengok video tu, memang patut kena tumbuk. Yela, suka-suka dia je buat camtu dekat Justin Bieber, nak tengok video tu? Tengok sini : http://lynk.my/CZsX
And pandai-pandai la korang buat ayat kreatif. Hehehe :) 


7. Give and Take! 

Okay, konsep dia, kalau korang nampak kawan korang ada buat lynk.my, klik la view. Kira sedekah earning dekat dia. Tapi jangan buat selalu, klik bila korang rasa apa yang dia share bagus untuk tengok. 

Iday pon selalu kalau ada kawan blogger share something with the lynk.my tu, iday still akan klik. Tak kisah tunggu iklan 5 seconds tu. Mana taw kot-kot, kawan-kawan kita sendiri yang penyumbang earning dekat Lynk.My tu. Hehehe


9. Like Facebook Lynk.My - Facebook Page Lynk.My


Dari sini, korang akan tahu semua info tentang Lynk.My. Ada jugak iday nampak mereka yang share earning sampai Rm1000 lebih. Teringin nak pm and tanya diorang. Tapi kita segan. Hahaha Kalau korang betul-betul nak buat duit dengan Lynk.My, korang boleh la pm diorang. Atau korang tak faham sangat tengan Lynk.My, terus je contact admin Lynk.My.


Tambahan tips : rajin-rajin study dari online, ramai yang dah buat tips, tapi check tips website yang lebih kurang sama macam Lynk.My, contohnya adfly.

BUAT DUIT DENGAN ADF.LY



Adf.ly merupakan website yang menyediakan khidmat memendekkan URL atau Link sama seperti bit.ly dan goo.gl tapi sedikit berbeza iaitu anda boleh membuat duit dengan setiap link yang anda pendekkan! Sekarang terdapat banya website yang menyediakan khidmat memendekkan url sama ada untuk meringkaskan URL yang panjang atau untuk tujuan menyembunyikan URL sebenar. 

Tapi hanya beberapa website sahaja yang boleh digunakan untuk membuat duit online seperti Adf.ly, zPag.es dan Adfoc.us . Adf.ly adalah yang paling singkat masa di ruangan ads dan paling rendah nilai withdrawal. Anda boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan dan untuk mendapatkan hasil yang lumayan anda perlu kaji dan pelajari selok belok mengenai program ini. Kami yakin, dari semasa ke semasa, hasil anda pasti akan meningkat. 


Bagaimana Adf.ly Berfungsi?

Seperti yang dijelaskan tadi, Adf.ly adalah penyedia khidmat memendekkan URL di mana ia juga turut menyertakan iklan pada setiap link atau URL yang anda pendekkan. Dari situlah anda akan menjana pendapatan. Iklan tersebut akan muncul untuk 5 saat dan selepas itu anda boleh klik “Skip Ads” untuk ke URL atau laman web sebenar. Setakat ini, jumlah yang akan anda perolehi ialah sekitar $0.50 – $4.70 untuk setiap 1000 view. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh membuat duit online dengan adf.ly;

1. Dengan Menayangkan Interstitial Ads. Menayangkan interstitial ads pada link anda adalah cara yang paling menguntungkan anda kerana iklan yang ditayangkan adalah full-screen sebelum pelawat link anda boleh ke website sebenar. Iklan tersebut akan muncul untuh tempoh 5 saat sebelum link Skip ads muncul untuk pelawat pergi ke URL sebenar. Klik sini untuk contoh

2. Dengan Menggunakan Framed Banner. Menggunakan cara ini, lebih selesa untuk para pelawat kerana iklan yang disiarkan adalah berbentuk banner dan tidak memenuhi screen. Walau bagaimana pun, hasilnya kurang berbanding cara pertama tadi. Klik sini untuk contoh

Bagaimana Untuk Menjana Wang Lebih Banyak Dengan Adf.ly?

Baiklah, di sini kami terangkan cara sebenar bagaimana untuk menjana $50 sebulan dengan menggunakan Adf.ly. Jika anda rajin, anda mampu menjana lebih dari $50 sebulan. Sebelum itu, jangan terpengaruh jika ada yang mengatakan anda boleh jadi jutawan dengan program ini. Bagi kami, program ini adalah sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.

Membuat Post Di Forum. Jika anda biasa berforum online, tugas ini lebih mudah untuk anda. Terdapat banyak forum online membincangkan pelbagai topik dan mempunyai jutaan pelawat sebulan.

Antara forum yg anda boleh cuba adalah:
Gempak.org
Syok.org
Sempoi.org 

Katalah, anda mahir menggunakan Photoshop atau mahir menggunakan Kamera Digital, anda boleh mendaftar di forum – forum yang berkaitan dengan photoshop dan digital camera. Anda boleh berkongsi gambar – gambar menarik dengan create adf.ly link ke gambar atau apa – design yang menarik kepada ahli forum yang lain. Anda boleh create thread atau topik misalnya “Logo percuma untuk website anda atau template percuma untuk blog anda”. Letakkan sedikit penerangan dan sedikit gambar yang berkaitan. Kemudian anda pendekkan link ke logo atau template percuma tadi menggunakan Adf.ly. Jika anda sangat aktif melakukan kaedah ini, anda pasti mendapat ribuan klik ke link Adf.ly anda. Anda perlu mendaftar di seberapa banyak forum berkaitan yang boleh dan lagi bagus jika forum tersebut mempunyai ramai ahli.

Untuk meningkatkan lagi hasilnya, kami sarankan anda daftar di forum berbahasa Inggeris kerana pasarannya adalah di seluruh dunia. Anda boleh berkongsi apa sahaja yang disukai ramai seperti ebook, software, movie, game dan macam – macam lagi.

Upload Video Ke Youtube. Youtube adalah cara yang sangat popular untuk buat duit online dan boleh juga diaplikasi untuk menbuat duit online menggunakan Adf.ly. Jika anda tahu membuat video, anda boleh buat video tentang software baru, lagu baru, sesuatu yang hangat, video panduan membuat kek, dan sebagainya. Kemudian anda letakkan link untuk mereka mendapaktan video tersebut di ruangan description dan jangan lupa, link tersebut mestilah dipendekkan dengan Adf.ly. Disebabkan video adalah cara yang sangat berkesan untuk anda mendapatkan traffic atau pelawat dengan beretusan, maka anda boleh membuat seberapa banyak video yang boleh serta muat naik di youtube dan video sharing site yang lain. Anda pasti akan mendapat beribu – ribu klik ke link Adf.ly anda. Lagi banyak video yang anda upload, lagi banyaklah duit yang anda mampu buat.

Membuat Link Kepada Sesuatu Yang Menarik Setiap Hari. Jika anda aktif menggunakan website seperti Facebook, Twitter, Myspace atau mana – mana website sosial yang lain, anda juga boleh buat duit online dengan Adf.ly. Secara ringkasnya, lebih banyak link yang anda buat, maka lebih banyak duit yang anda mampu buat. Letakkan atau kongsikan link – link ke website yang mempunyai pengunjung yang ramai. Link tersebut biasanya akan kekal selama – lamanya dan anda juga berpotensi untuk mendapatkan wang secara beterusan. Walau bagaimanapun, jangan meletakkan link anda di IM seperti YM dan sebagainya kerana anda tidak akan mendapat apa – apa dan mungkin akaun adf.ly anda boleh dibatalkan.





Ciri – Ciri Tambahan Menarik Adf.ly

Adf.ly adalah website yang sangat bagus dan ada sesuatu yang menjadikannya bagus. Ini termasuklah interface yang user friendly dan mudah difahami walaupun untuk mereka yang masih baru. Adf.ly juga mempunyai forum dimana anda boleh berkomunikasi dan bertanyakan soalan kepada admin dan ahli – ahli yang lain serta melihat testimonial dan bukti pendapatan. Ini untuk membuktikan bahawa website ini bukanlah SCAM dan ia memang betul. Anda juga akan mendapat laporan terperinci tentang prestasi link anda seperti jumlah klik, dari mana pelawat datang (seluruh dunia), dan jumlah pendapatan anda. Apa pun, yang paling penting, anda hanya memerlukan payout yang kecil iaitu hanya $5.00 sebelum anda boleh transferkan ke akaun paypal anda.

* Dapat lebih daripada $4.00 per 1000 klik
* Semua iklan adalah umum & tiada pop-up
* Boleh melihat statistik berapa klik untuk setiap link/url
* Serendah $5.00 untuk transfer ke paypal
* Link/url menjadi pendek & tidak memerlukan ruang yg panjang
* Cuma 5 saat "skip ads"
* Copy, paste, shrink, copy, paste = dapat duit




Buat Duit Dengan Lynk.my



Di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni ramai yang mencari pendapatan sampingan sama ada melalui kerja offline seperti bekerja part time di kedai-kedai atau secara online melalui peluang-peluang yang disediakan melalui banyak platform-platform antaranya adalah buat duit dengan lynk.my.

Lynk.my menawarkan servis pendekkan URL sama seperti ‘URL shortener’ antarabangsa yang lain seperti Bitly.com, tinyurl.com dan goo.gl. Cuma yang bezanya dengan Lynk.my adalah anda boleh buat duit dengan lynk.my, manakala servis tersebut hanya menawarkan servis pendekkan URL dan ‘tracking’ untuk URL.

Mari kita lihat video dibawah dan jom mulakan buat duit dengan Lynk.my.


1.Daftar diri.

Pergi ke http://lynk.my dan daftar dengan klik ‘JOINT NOW’

Masukkan username yang diigini
Masukkan password anda.
Masukkan password sekali lagi untuk pengesahan
Masukkan email rasmi anda.
Pilih akaun Publisher.
Klik ‘I want to joint lynk.my.
Selepas itu sila buat pengesahan dengan klik pengesahan email yang dihantar oleh lynk.my.



2.Gunakan Lynk.my untuk pendekkan URL  anda dan kongsikan apa-apa sahaja. Antara yang boleh anda gunakan seperti:

Blog post anda
Link affiliate anda.
URL facebook anda.
dan macam-macam URL lagi.

3.Terima bayaran berdasarkan jumlah klik yang anda bawa melalui URL yang telah dipendekkan.

Mudah bukan untuk buat duit dengan Lynk.my? Hanya kongsikan link anda dengan menggunakan servis lynk.my. Untuk pengetahuan anda ini antara cara paling mudah dan pantas dan tidak menggunakan kemahiran teknikal untuk buat duit online. Sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Banyak lagi syarikat dari ‘URL shortener’ dari luar negara yang boleh buat duit dengan kaedah yang sama, antara yang paling lama dan masih lagi bertahan adalah Adf.ly. Perbezaan antara mereka hanyalah dari segi  kadar bayaran per 1000 view, ada yang menawarkan harga rendah dan ada yang harga yang agak mahal. Anda kenalah buat perbandingan harga dan memilih servis yang bagus dan pastikan mereka membuat bayaran seperti yang janjikan oleh mereka.

Sesetengah servis juga menawarkan referral untuk setiap pelanggan baru yang dibawa sehingga 20% komisen. Ada juga yang hanya membayar kesemua trafik yang dibawa seperti Linkbucks.com tapi membayar pada kadar kadar yang rendah dari USD0.5 hingga USD3 per 1000 views.

Ada juga servis yang hanya membayar untuk trafik yang organik. Jadi sebelum anda memulakan buat duit online dengan mereka pastikan anda periksa terma dan syarat-syarat mereka termasuklah ‘payout amount ‘ dan tempoh ‘payout’.

Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh buat duit dengan Lynk.my, ia tidak memerlukan kemahiran teknikal, dengan kos yang hampir tiada langsung. Apa yang penting anda kenalah rajin  dan pastikan dulu servis yang betul-betul berbaloi dan bermanafaat untuk anda.  Kepada mereka yang masih baru dan ada kekangan dengan bahasa inggeris bolehlah  buat duit dengan Lynk.my.

9 Tips Buat Duit Dengan Lynk.My

Korang pernah dengar Lynk.My ?  1. Social Media Sharing Kalau korang ada jumpa artikel menarik ke, video best ke or apa-apa interesti...